Sabtu, 21 Mac 2009

Moto cbx750p saya yg pertama...



Salam buat semua peminat moto CBX750p... saya mula berminat dengan jenis moto CBX750 ni pada awal tahun 2003... puas juga bertanya sana sini macam mana nak mendapatkan moto ni, ada kah orang awam boleh menggunakannya, tak lama selepas tu saya terbaca dalam surat khabar ada lelongan kat Apec... saya pun pergi kesana pada masa yg ditetapkan, setelah melihat moto yg akan dilelong masa tu rasa ingin dibatalkan saja niat untuk memiliki sebijik CBX, melihatkan keadaannya yg sana sini rosak ada part yg dah ghaib... nasib baiklah ada seorang hamba Allah yg memberi semangat untuk meneruskan saja niat itu, bila sampai masa lelongan tu saya tak buat apa2... saya cuma tengok orang yg dikanan dan kiri saya saja yg berlumba lumba mengangkat tangan dalam bidaan tu... entah macam mana saya pun turut angkat tangan masa tu harga dah rm3000, bila saja saya angkat tangan bermakna harga dah rm 3,500 dah... tak ada orang yg angkat tangan masa tu maka sayalah mendapat moto tu... hehehe lucu juga kalau diimbau kembali... setelah dibaik pulih moto seperti gambar diatas, kos baik pulih masa tu lebih kurang dalam rm7000...

Jumaat, 20 Mac 2009

HONDA CBX 750p

SAYA ADALAH SEORANG PEMINAT MOTOR CBX 750p, DAN SEDANG CUBA CUBA NAK BUAT BLOG SENDIRI, KALAU ADA MEMBER MEMBER YG BOLEH MEMBANTU SAYA UNTUK MENCERIAKAN BLOG NI...SUPAYA LEBIH MANTOOP GITU...